Empat Terkorban Dalam Nahas Pesawat Di Pulau Sulawesi

Empat Terkorban Dalam Nahas Pesawat Di Pulau Sulawesi

0
SHARE
Pesawat
Pesawat SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi

JAKARTA, INDONESIA – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, pada Ahad, mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

“Pesawat jenis PK SMH itu terhempas selepas terputus hubungan dengan pegawai AirNav Makassar.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin Gorontalo pada 7.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

“Namun, ia terputus hubungan sebelum dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato,” kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Gorontalo, Heriyanto dalam satu kenyataan yang dipetik media tempatan.

Kesemua empat mangsa terdiri daripada seorang juruterbang, seorang pembantu juruterbang, seorang jurutera dan seorang penumpang.

Punca nahas masih dalam siasatan.