Kapal Kontena Hanyut Diawasi APMM

Kapal Kontena Hanyut Diawasi APMM

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Sebuah kapal kontena ‘Danum 171’ yang telah hanyut di perairan Pulau Pom Pom sini mendapat pantauan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sehingga ia berlabuh semalam.

Kapal yang berdaftar dengan nama Danum 171 milik syarikat Shin Yang Shipping Sdn Bhd dikatakan dalam pelayaran daripada Kota Kinabalu menuju ke Tawau telah mengalami kerosakan pada janakuasa utama semasa melalui kawasan tersebut.

Pada jam lebih kurang 4 petang Danum 171 telah ditunda keluar oleh bot tunda Santalu 36 dari kawasan perairan tersebut dan dibawa menuju ke Lahad Datu untuk pembaikan sebelum meneruskan pelayaran.

Kenyataan APMM Sabah berkaya kesemua kru kapal seramai lebih kurang 17 orang selamat di atas kapal tersebut.

“Zon Maritim Semporna telah membuat pemantauan terhadap kapal tersebut menggnakan aset Bot Peronda Cenderawasih 09 dan Bot Adal 18 pada jam lebih kurang 10 pagi semalam sehingga kapal selamat berlabuh di pelabuhan kontena Lahad Datu pada jam lebih Kurang 8.05 pagi ini,” katanya.