Polis Tahan Pasangan Kekasih, Pengedar Dadah!!

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Pengedar Dadah!!

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan sepasang kekasih warga tempatan yang juga pengedar dadah dalam serbuan di kondominium di Taman Abad, Johor Bahru, 6.45 petang, Rabu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dipetik berkata bahawa serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan intipan yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Menurutnya, selain menahan lelaki dan wanita lingkungan 20-an itu, pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 1,270 pil ekstacy, 344.20 gram serbuk ekstacy dan 20 gram ketamin bernilai RM44,265.

“Selain dadah yang ditemui, pihak polis turut merampas Honda City dan Nissan Teana bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.