Sabah FC Bidas Dakwaan Tidak Berasas Portal Berita Tempatan

Sabah FC Bidas Dakwaan Tidak Berasas Portal Berita Tempatan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah FC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah portal berita tempatan kerana penulisan “Siasat Salah Laku dan Pecah Amanah dalam Sabah FC”.

Artikel tular di media sosial itu mengatakan kononnya terdapat penyelewengan gaji tiga (3) individu di dalam Sabah FC selain pembelian lampu LED dan alat penyukat nadi yang dibeli pada harga tidak munasabah.

Sabah FC dalam satu kenyataan malam tadi membidas dakwaan itu dengan cabaran untuk individu tersebut tampil menunjukkan sebarang bukti yang ada.

Kenyataan Sabah FC yang menyangkal dakwaan tidak berasas portal berita tempatan tersebut…

Katanya, tuduhan terbabit adalah dengan niat untuk menjatuhkan imej serta kerja keras yang dibuat pihak pengurusan selama ini.

“Fokus utama kelab adalah untuk meletakkan Sabah FC di landasan yang betul di dalam, mahupun luar padang…

“Semua urusniaga pemain import mempunyai dokumen rasmi dan mengikut prosedur…bukannya sesuka hati.

“Tiada isu ‘Mark Up’. Sabah FC cuma membayar RM 30,00 untuk kos logistik lampu LED itu ke Kota Kinabalu dan ia merupakan sumbangan daripada salah satu penaja kelab untuk musim ini.

“Sabah FC membelanja sejumlah RM 65,000 untuk peranti pembaca nadi ‘Catapult’ yang dibeli terus dari negara Australia tanpa melalui ejen,” katanya.

Artikel portal berita itu mendakwa kelab bola berkenaan mengupah gaji RM 33,000 kepada pemain tetapi RM 18,000 dipotong bagi pihak pengurusan.

Selain dari itu, ia juga medakwa Sabah FC membelanja RM 800,000 untuk kos lampu LED dan “alat menyukat bacaan jantung” yang dibeli pada harga RM 130,00.

Satu laporan polis akan di buat Sabah FC sekiranya portal online tersebut atau mana-mana pihak “secara terus menabur fitnah yang tidak berasas”.