Sabah FC Tewas Kepada JDT Di Halaman Sendiri

Sabah FC Tewas Kepada JDT Di Halaman Sendiri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rata-rata 20,000 penyokong Sabah FC yang tampil membanjiri Stadium Likas bagi menyaksikan perlawanan antara pasukan terunggul negara kecewa dengan keputusan 2-1 yang berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam tadi.

Ramai cuba menyalahkan pengadil namun harus akur dengan persembahan Fernando Martin Forestieri yang menjaring pada minit ke-25 dan 95…

Terdahulu, pada minit ke-19, pemain import Korea Selatan Sabah FC, Park Tae Soo, memberi rasa tusukan tanduk badak sumbu pada minit ke 19 sekaligus menunjukkan harapan kepada negeri.

Walau bagaimanapun, JDT mendominasi pada separuh masa kedua sehinggalah diberikan sepakan percuma oleh pengadil dalam keputusan yang menghampakan penyokong Sabah dalam Liga Super Malaysia 2022.