KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 Sabah meningkat 66 kes lagi dari kelmarin setelah mencatat trend penurunan selama LIMA (5) hari berturut-turut.
Kebanyakkan dari keseluruhan 467 kes hari ini datang dari Kota Kinabalu (+30), Tuaran (+5), Penampang (+5), Beaufort (+15) dan Papar (+11) iaitu antara 14 daerah yang merekodkan peningkatan.
Manakala empat (4) daerah, Semporna, Kunak, Nabawan dan Kalabakan terus mencatatkan sifar (0) kes.
Satu (1) kluster baharu yang melibatkan sekolah diisytiharkan hari ini ‘Kluster Sungai Batang’, Sandakan yang melibatkan seorang pelajar Politeknik Sandakan.
“Saringan kontak rapat mendapati 23 orang lagi pelajar telah dijangkiti. Jumlah kumulatif kes positif setakat ini ialah 24 orang,” kata Jurucakap Perkemnangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
“Daripada 467 kes hari ini, 97 peratus (97.4%) adalah dalam Kategori 1 dan 2.
“Empat (4) orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.
“Lima (5) kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya lagi.
Menurutnya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0(RT) bagi seluruh negara setakat Selasa ialah 0.95 dan bagi Negeri Sabah, 0.96.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 83 (53)
Tuaran – 54 (49)
Penampang – 36 (31)
Papar – 34 (23)
Beaufort – 34 (19)
Kota Belud – 29 (31)
Kota Marudu – 28 (26)
Ranau – 20 (20)
Sandakan – 20 (20)
Putatan – 19 (19)
Sipitang – 18 (18)
Keningau – 15 (16)
Tenom – 12 (21)
Lahad Datu – 11 (5)
Tawau – 10 (2)
Kudat – 10 (19)
Kuala Penyu – 9 (23)
Tambunan – 6 (5)
Beluran – 6 (11)
Pitas – 6 (7)
Telupid – 3 (1)
Kinabatangan – 3 (15)
Tongod – 1 (8)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





