KOTA KINABALU, SABAH – Setelah melihat peningkatan semalam, kumulatif kes COVID-19 Sabah hari ini merekodkan penurunan 15 kes yang menjadikan keseluruhan catatan 790 KES.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan daerah yang mencatatkan penurunan adalah sebanyak 15 daerah, manakala 12 daerah mencatatkan peningkatan.
“Pada hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan angka kes tertinggi, kembali melepasi paras tiga (3) angka iaitu pada jumlah 102 kes dengan peningkatan sebanyak 27 kes,” katanya.
Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Marudu +27 kes, Tuaran +19 kes, Beluran +17 kes, Sandakan +11 kes dan Papar +11 kes.
Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Ranau -22 kes, Keningau -19 kes, Kota Belud -17 kes, Tambunan -15 kes, Pitas -14 kes dan Beaufort -13 kes.
Masidi memberitahu 90 peratus daripada jumlah kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala terdapat tujuh (7) kes dalam Kategori 3, lima (5) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 102 (75)
Kota Marudu – 86 (59)
Ranau – 65 (87)
Sandakan – 50 (39)
Lahad Datu – 48 (55)
Tuaran – 44 (25)
Kota Belud – 43 (60)
Keningau – 40 (59)
Tenom – 30 (34)
Papar – 29 (18)
Kudat – 26 (33)
Beluran – 24 (7)
Pitas – 23 (37)
Tawau – 22 (29)
Sipitang – 20 (19)
Penampang – 17 (14)
Nabawan – 16 (19)
Beaufort – 16 (29)
Kunak – 15 (17)
Putatan – 15 (24)
Tambunan – 14 (29)
Kinabatangan – 13 (10)
Semporna – 10 (12)
Tongod – 9 (5)
Kalabakan – 6 (0)
Kuala Penyu – 5 (4)





