Sabah Kembali Mencatat Peningkatan Kes Harian COVID-19

Sabah Kembali Mencatat Peningkatan Kes Harian COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah kembali mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19, dengan 123 kes hari ini, iaitu pertambahan 10 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak ada perubahan signifikan kecuali pergerakan turun-naik jangkitan harian.

“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes dengan daerah yang merekodkan penurunan adalah sama, masing-masing enam (6) daerah…

“Beberapa daerah mencatatkan perubahan angka jangkitan yang agak besar iaitu Kota Kinabalu (+15), Keningau (+9), Tuaran (+6), Sandakan (-10), Penampang (-8) dan Papar (-7),” ulasnya dalam rumusan harian kes.

Tegasnya, perubahan angka jangkitan harian di Kota Kinabalu yang berjumlah 81 kes hari ini perlu diambil perhatian oleh semua penduduk sekitar Bandaraya.

“Hampir 85 peratus daripada jangkitan baharu di Kota Kinabalu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik…

“Risiko jangkitan virus Covid adalah tinggi ditempat khalayak ramai yang sesak atau semasa berkumpul beramai-ramai. Semua diperingatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan virus Covid,” katanya.

Beliau berkata enam (6) daerah kembali merekodkan jangkitan baharu setelah mencatatkan sifar kes semalam manakala empat (4) daerah pula kembali mencatatkan kes sifar.

Secara keseluruhan, 16 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 18 daerah kelmarin.

Dalam pada itu, terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 selain Kategori 1 dan 2 yang tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 81 (66)
Penampang 13 (21)
Keningau 9 (0)
Tuaran 9 (3)
Kota Belud 3 (1)
Ranau 2 (0)
Tambunan 2 (0)
Papar 1 (8)
Tawau 1 (0)
Tenom 1 (0)
Tongod 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Sandakan 0 (10)
Semporna 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Telupid 0 (0)