Tun Faisal Dipecat Daripada UMNO?

Tun Faisal Dipecat Daripada UMNO?

0
SHARE
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz...

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak terkejut terdapat khabar angin dimana nama beliau diusul untuk dipecat daripada UMNO.

Jelas Tun Faisal, beliau mendapat tahu perkara tersebut melalui rakan-rakan dan juga laporan dari sebuah portal berita baru-baru ini.

“Saya pun dapat tahu melalui rakan-rakan dan melalui sebuah portal berita.

“Saya tidak terkejut dengan laporan tersebut, sebab dah sangat mengenali sikap Tengku Adnan Tengku Mansor (Ketua UMNO Bahagian Putrajaya).

“Sepatutnya di bulan Ramadan ini, hilangkanlah dendam kesumat dan cari jalan perdamaian,” katanya semalam, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, keahlian beliau digantung selama enam tahun melalui keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Mac tahun lalu.

Terdahulu, portal Suara Merdeka, melaporkan usaha mencadangkan pemecatan Tun Faisal diputuskan selepas satu mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya dijalankan pada Sabtu. 

Menurut Tun Faisal, beliau hairan mengapa tindakan sedemikian dikenakan terhadapnya meskipun keahliannya telah digantung sebelum ini.

“Saya tidak faham apa yang dia takutkan sangat dengan saya.

“Saya dah digantung pun. Hanya orang yang takut saja yang gunakan pihak lain untuk gantung dan pecat orang lain. Orang yang berani tidak begitu.

“Cukup-cukuplah, sudah-sudahlah. Umur dah lanjut, patutnya cari jalan mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mencari rahmat Ramadan,” katanya lagi.