KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat kenaikan 214 kes COVID-19 baharu berbanding semalam namun masih berada di bawah paras 1,000 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 915 kes direkodkan hari ini.
Sehingga kini, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah adalah sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos lalu.
“Data dalam 30 hari jika diterjemahkan dalam bentuk graf akan memperlihat Sabah sedang mengalami trend penurunan walaupun rekod harian adalah tidak statik.
“Adalah sukar untuk menjangka atau meramal sama ada pada hari berikutnya akan berlaku peningkatan atau penurunan kes…
“Ini adalah kerana pembolehubah terbesar yang mempengaruhi jumlah peningkatan atau penurunan kes adalah sejauh mana pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan,” katanya.
Beliau terus berkata peratusan jumlah positif melalui saringan bergejala amat tinggi di beberapa daerah.
“Mengikut ramalan awal, kes di Sabah berkemungkinan akan naik semula apabila keputusan saringan ke atas kontak mereka yang bergejala diketahui,” tambah beliau.
Masidi berkata 52 daripada 96 (kes) di daerah Lahad Datu adalah dari kategori saringan bergejala, 43 daripada 64 di Sandakan, 16 daripada 40 di Tawau, 23 daripada 36 di Kota Belud dan 44 daripada 105 di Kota Marudu.
Dalam pada itu, Sabah merekodkan peningkatan kes di 19 daerah, dengan kumulatif peningkatan kes bagi keseluruhan daerah tersebut adalah (+359) kes. Bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes adalah 8 daerah dengan kumulatif penurunan kes sebanyak (-145) kes.
“Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kes apabila merekodkan 95 kes pada hari ini dengan penurunan sebanyak (-52) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Lahad Datu 96 (+46) kes, Kudat 21 (+14) kes, Tawau 40 (+11) kes, Putatan 27 (+6) kes, Sandakan 64 (+4) kes, Penampang 19 (-17) kes dan Semporna 11 (-1) kes.
“Daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Kota Marudu 105 (+78) kes, Ranau 88 (+71) kes, Keningau 96 (+21) kes, Tuaran 65 (+19) kes, Pitas 36 (+17) kes, Nabawan 29 (+15) kes, Sipitang 23 (+14) kes dan Beaufort 19 (+13) kes.
“Manakala daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kinabatangan 15 (-52) kes dan Papar 26 (-11) kes,” kata Masidi.
Sebanyak 225 kes yang dicatat hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga lima (5) hari.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Marudu – 105 (27)
Lahad Datu – 96 (50)
Kota Kinabalu – 95 (140)
Ranau – 88 (17)
Keningau – 72 (51)
Tuaran – 65 (46)
Sandakan – 64 (60)
Tawau – 40 (29)
Pitas – 36 (19)
Kota Belud – 36 (43)
Nabawan – 29 (14)
Putatan – 27 (21)
Papar – 26 (37)
Sipitang – 23 (9)
Tenom – 22 (14)
Kudat – 21 (7)
Penampang – 19 (36)
Beaufort – 19 (6)
Telupid – 17 (12)
Kinabatangan – 15 (67)
Semporna – 11 (12)
Tambunan – 11 (2)
Beluran – 10 (17)
Kunak – 6 (11)
Kuala Penyu – 5 (1)
Tongod – 5 (2)
Kalabakan – 2 (1)