SEMPORNA, SABAH – Sebanyak 27 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tabunan, Pulau Bum-Bum sini tengah hari tadi.
Pihak Bomba menggangarkan kemusnahan pada rumah-rumah jenis tidak kekal sebanyak 76 peratus (76%) dengan keluasan tiga (3) ekar.
Namun 11 Pegawai Operasi, PBK II KUP Abdul Satal Tulai berkata 11 buah rumah berjaya diselamatkan.
“Masa panggilan kecemasan diterima Balai Bomba Penyelamat Atas Air Semporna pada pulul 1.40 melalui MERS 999…
“Tindakan Operasi pemadaman menggunakan pam angkut tiga (3) aliran dan (4) pancutan dengan sumber air daripada perigi,” katanya.
Abdul Satal memberitahu bahawa 10 anggota pasukan bertugas mengalami kesukaran semasa operasi pemadaman kerana keadaan air laut surut.
“Operasi terkawal pada jam 3:57 dan ditamatkan pada jam 4.20,” katanya dalam sebuah kenyataan.