Sabah Lulus Dua RUU berkaitan Suruhanjaya Tenaga Sabah, Bekalan Gas 2023

Sabah Lulus Dua RUU berkaitan Suruhanjaya Tenaga Sabah, Bekalan Gas 2023

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Sabah hari ini meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Tenaga Sabah dan Bekalan Gas 2023, berikutan pengembalian kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri ini.

Dua RUU terbabit dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu sidang khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Pembentangan RUU diteruskan meskipun sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) Sabah, Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Sidang khas DUN Sabah tadi hanya dihadiri seramai 44 ADUN.