KOTA KINABALU, SABAH – Angka kes harian positif COVID-19 di Sabah masih lagi dalam paras membimbangkan walaupun terdapat sedikit penurunan hari ini iaitu sebanyak 2,638 KES berbanding kelmarin.
Namun begitu kes daerah Kota Kinabalu melonjak ke 883 iaitu 241 kes lebih tinggi daripada kelmarin.
Jurucakap COVID-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata hampir 66 peratus dari kes hari ini adalah melalui saringan kontak rapat manakala 25 peratus melalui saringan bergejala.
“Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu…
“Sejumlah 1639 kes adalah kes tertunggak melebihi dua sehingga lima hari,” jelasnya.
Menurut beliau, seramai 1550 orang atau 58 peratus dari jumlah kes merupakan pesakit kategori dua
Dalam pada itu, sebuah kluster baharu, Kluster Kampung Penangah, Tongod dikesan dimana setakat ini 36 kes telah dicatatkan.
“Setakat semalam, 51.7 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 29.3 peratus telah pun melengkapkan kedua dua dos mereka,” kata beliau.
Berikut merupakan pecahan kes baharu positif COVID-19 pada hari ini (22 Ogos) mengikut daerah dan angka dalam kurungan merupakan perbandingan dengan jumlah kes kelmarin (21 Ogos):
Kota Kinabalu – 883 (669)
Tawau – 259 (240)
Penampang – 210 (406)
Tuaran – 193 (247)
Sandakan – 178 (178)
Kinabatangan – 111 (76)
Putatan – 94 (96)
Beaufort – 89 (34)
Keningau – 82 ( 87)
Lahad Datu – 73 (100)
Kota Marudu – 71 (48)
Kota Belud – 56 (48)
Papar – 49 ( 130)
Tongod – 42 (0)
Sipitang – 40 (29)
Ranau – 32 (45)
Nabawan – 28 (23)
Kunak – 24 (9)
Tenom – 24 (14)
Pitas – 23 (11)
Kalabakan – 17 (31)
Beluran – 15 (36)
Kudat – 14 (43)
Telupid – 12 (27)
Semporna – 8 (9)
Kuala Penyu – 6 (6)
Tambunan – 5 (9)