Sabah Sambut Baik Cadangan MITI Untuk Bawa Pelaburan Asing Ke Dalam Negeri

Sabah Sambut Baik Cadangan MITI Untuk Bawa Pelaburan Asing Ke Dalam Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan Kerajaan Negeri Sabah kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia.

Majlis itu diadakan bagi menghargai sumbangan MITI dalam membawa pelaburan asing ke negeri Sabah.

Sebelum majlis makan malam tersebut bermula, Ketua Menteri dan Menteri MITI telah mengadakan sesi perbincangan berkenaan pelaburan-pelaburan asing di negeri Sabah.

Azmin dalam perbincangan itu telah membawa kepada beberapa cadangan pelaburan asing ke negeri sabah untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah melalui Ketua Menteri menyambut baik cadangan tersebut dan akan memperhalusinya untuk dilaksanakan segera agar dapat memacu ekonomi negeri ini dengan lebih cepat demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zulkiply Mohamad, Setiausaha Persekutuan Sabah dan Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian.