Sabah Sedia Beri Input, Bantu Kerajaan Persekutuan Tangani Isu Tuntutan Kumpulan Sulu

Sabah Sedia Beri Input, Bantu Kerajaan Persekutuan Tangani Isu Tuntutan Kumpulan Sulu

0
SHARE
Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri bersedia memberikan sebarang input bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan dalam menangani isu tuntutan kumpulan Sulu.

Memetik sumber Bernama, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata susulan itu, pihaknya bakal melantik wakil daripada Sabah di dalam Sekretariat Khas yang diwujudkan sebagai pusat tumpuan utama menangani isu berkenaan.

“Kita akan melantik satu atau dua orang di dalam sekretariat, urusetia yang menangani tuntutan berkenaan dan tugas kita ialah untuk memberi input berasaskan kepada pandangan kita dan sejarah tentang tuntutan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Kerajaan Sabah dan ahli komuniti Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu berkata pelantikan terbabit akan dibincangkan pihaknya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan Sabah sebelum diputuskan.

Disamping itu, pada masa sama, beliau juga mahh setiap ADUN menyampaikan maklumat yang sahih kepada akar umbi, berkenaan isu tuntutan kumpulan Sulu.