KOTA KINABALU, SABAH – Kes jangkitan harian Sabah meneruskan trend peningkatan dengan 313 kes baharu hari ini.
Ianya merupakan pertambahan 62 kes berbanding jumlah semalam dan sekali gus melepasi paras angka 300.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes harian yang semakin naik adalah sejajar dengan trend pertambahan jangkitan baharu di lebih banyak daerah di Sabah.
“Hari ini 14 daerah mencatatkan pertambahan yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 104 kes baharu, 40 kes lebih tinggi daripada sebelumnya…
“Putatan (30), Papar (28) dan Penampang (23) semuanya mencatatkan peningkatan jangkitan baharu manakala daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes harian adalah pada kadar yang marginal.
“Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” jelasnya dalam rumusan harian kes.
Menurutnya, peratusan jangkitan sporadik kembali naik hari ini dengan 64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu.
“Ini bermakna risiko jangkitan virus Covid dikalangan masyarakat juga semakin tinggi…
“Sekali lagi rakyat diperingatkan agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) khususnya semasa berada dikhalayak ramai, lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sesak,” tegas beliau.
Dua (2) pesakit baharu berada dalam Kategori 3 dan masing-masing tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 104 (64)
Putatan – 30 (13)
Papar – 28 (16)
Penampang – 23 (16)
Tuaran – 18 (23)
Sandakan – 11 (18)
Kota Marudu – 11 (2)
Beaufort – 11 (13)
Pitas – 9 (2)
Tawau – 9 (5)
Sipitang – 7 (12)
Beluran – 6 (13)
Ranau – 6 (5)
Keningau – 6 (14)
Tambunan – 5 (4)
Tenom – 5 (3)
Kudat – 5 (4)
Kota Belud – 5 (6)
Lahad Datu – 4 (3)
Kuala Penyu – 3 (4)
Kunak – 3 (2)
Kinabatangan – 2 (3)
Semporna – 1 (2)
Kalabakan – 1 (0)
Telupid – 0 (0)
Nabawan – 0 (2)
Tongod – 0 (2)





