Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19

Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 KES iaitu penyusutan sebanyak 27 kes berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat perubahan turun-naik jumlah kes baharu setiap hari.

Hari ini cuma empat daerah yang mencatat kes baharu dua angka, iaitu, Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).

“Sebanyak 17 daerah mencatatkan kes baharu satu angka di mana 16 daripada daerah tersebut hanya merekodkan kes baharu antara 1 hingga 5 kes sahaja…

“Enam daerah, Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata beliau dalam rumusan harian kes.

Namun demikian, peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55 peratus setelah berada sekitar 43 peratus semalam.

“Seperti yang diperingatkan sebelum ini, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi, khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai…

“Tempat-tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazaar Ramadhan dan pusat-pusat membeli belah,” tegasnya.

Terdapat empat (4) pesakit baharu dalam Kategori 4 dan satu (1) lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 37 (26)
Tuaran – 21 (14)
Tenom – 13 (4)
Penampang – 12 (17)
Kuala Penyu – 9 (0)
Tambunan – 5 (12)
Papar – 5 (21)
Sandakan – 5 (12)
Tawau – 5 (5)
Beaufort – 4 (3)
Kota Marudu – 3 (8)
Sipitang – 3 (7)
Kudat – 3 (2)
Kota Belud – 3 (2)
Beluran – 2 (3)
Telupid – 2 (0)
Lahad Datu – 2 (2)
Ranau – 2 (7)
Pitas – 2 (1)
Semporna – 1 (1)
Kunak – 1 (0)
Kinabatangan – 0 (1)
Nabawan – 0 (5)
Keningau – 0 (3)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)
Putatan – 0 (10)