SAGA X : Putatan, Keningau Juara Hoki

SAGA X : Putatan, Keningau Juara Hoki

0
SHARE
Saga x
Aksi atlet ketika perlawanan peringkat akhir hoki ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

Kota Kinabalu : Kontinjen Putatan dan Keningau muncul juara acara hoki Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10.

Pasukan lelaki Keningau berjaya manambah pungutan pingat emas di hari terakhir SAGA X selepas menewaskan Kota Belud 4-1.

Manakala, bagi kategori wanita, Kudat terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas 1-0 kepada Putatan.

Tawau dan Keningau pula meraih pingat gangsa masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada Jumaat. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Saga x
Aksi atlet ketika perlawanan peringkat akhir hoki ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )