Albert Tei Guna Taktik ‘Main Langgar’, Akui jumpa KM ditemani Pihak Ketiga...

Albert Tei Guna Taktik ‘Main Langgar’, Akui jumpa KM ditemani Pihak Ketiga ‘BERPENGARUH’

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pendedahan oleh ahli perniagaan dari Semenanjung, Albert Tei, bahawa beliau pernah bertemu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan “ditemani pihak ketiga berpengaruh” mengesahkan dakwaan bahawa beliau menggunakan taktik main langgar, menunggang nama orang lain bagi mencipta persepsi seolah-olah mempunyai hubungan istimewa dengan kepimpinan negeri.

Pengakuan itu dibuat melalui podcast “Sekali Ketuk” kendalian Musli Oli, yang kini mendapat perhatian ramai selepas kandungannya didapati berunsur manipulatif dan berbaur politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17.

Menurut seorang penganalisis politik tempatan, kenyataan Albert tersebut jelas menunjukkan bahawa Hajiji tidak pernah mengenali atau memberi ruang khas kepada individu berkenaan, sebaliknya hanya memenuhi permintaan pihak ketiga yang dipercayai mempunyai kedudukan tertentu.

“Dalam urusan rasmi, kehadiran pihak ketiga menunjukkan bahawa pertemuan itu bukan atas kapasiti peribadi. Albert menggunakan kesempatan itu untuk menunggang reputasi orang lain, lalu menokok tambah cerita bagi menggambarkan dirinya mempunyai akses istimewa kepada Ketua Menteri,” kata seorang pemerhati politik Sabah.

Podcast berkenaan turut dikritik kerana memberikan ruang sebelah pihak tanpa sebarang soal balas, membolehkan Albert dan Musli Oli membina naratif palsu bagi menyerang kepimpinan Hajiji.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha terdesak pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan politik Sabah di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengakuan Albert sendiri bahawa beliau hanya berjumpa Ketua Menteri melalui jasa pihak ketiga, membatalkan dakwaan awalnya dan menonjolkan niat sebenar beliau, iaitu mencipta persepsi, bukannya membongkar kebenaran.

Penganalisis berpendapat, serangan berbentuk manipulasi dan persepsi seperti ini semakin kerap digunakan oleh pihak lawan yang kehabisan modal menjelang pilihan raya, sedangkan kepimpinan Hajiji terus mendapat sokongan rakyat melalui dasar kestabilan, pembangunan dan keprihatinan terhadap rakyat Sabah.

NOTA:
Tulisan di atas adalah olahan pendapat penganalisi politik tempatan, Musram Rakuman