KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan berkurangan sebanyak 37 kes berbanding jumlah kelmarin dengan 281 kes baharu.
Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, jumlah sampel ujian yang lebih rendah hari ini serta kadar positiviti yang menurun membantu mengurangkan kes positif harian.
“Kelmarin jumlah sampel ujian ialah 3,291 dengan kadar positiviti 10.39 peratus. Hari ini jumlah tersebut berkurangan kepada 3,088 dengan kadar positiviti 10.04 peratus,” katanya dalam rumusan harian kes.
Secara keseluruhan, 16 daerah merekodkan penyusutan kes baharu berbanding hanya 4 daerah yang merekodkan peningkatan.
“Kota Kinabalu kembali mencatatkan jangkitan tiga angka dengan 105 kes (+20)…
“Enam (6) daerah lain mencatatkan jangkitan dua angka yang didahului oleh Sandakan dengan 36 kes (-2), Penampang 26 kes (+3), Tawau 25 kes (-6), Tuaran 20 kes (-3), Putatan 15 kes (-7) dan Papar 12 kes (-3).
“Tujuh (7) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.
Dalam pada itu hanya satu (1) kes berada dalam Kategori 3 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 105 (85)
Sandakan 36 (38)
Penampang 26 (23)
Tawau 25 (31)
Tuaran 20 (23)
Putatan 15 (22)
Papar 12 (15)
Kota Belud 7 (8)
Kota Marudu 7 (12)
Lahad Datu 7 (9)
Pitas 4 (2)
Keningau 3 (3)
Kinabatangan 3 (6)
Tenom 3 (4)
Ranau 2 (2)
Semporna 2 (2)
Kuala Penyu 1 (1)
Nabawan 1 (0)
Sipitang 1 (7)
Tambunan 1 (1)
Beaufort 0 (6)
Beluran 0 (4)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (10)
Kunak 0 (2)
Telupid 0 (2)
Tongod 0 (0)