SAKSI DEDAH ROSMAH BELI BERLIAN MERAH JAMBU RM972 JUTA HASIL 1MDB

SAKSI DEDAH ROSMAH BELI BERLIAN MERAH JAMBU RM972 JUTA HASIL 1MDB

0
SHARE
Datin Seri Rosmah Mansor...

NEW YORK – Invois kalung bertahtahkan berlian merah jambu milik isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, bernilai AS$23 juta (RM97.32 juta), yang didakwa dibeli dengan wang rasuah 1MBD ditunjukkan kepada juri perbicaraan New York semalam.

Juri kepada perbicaraan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc akhirnya melihat bukti kukuh walaubagaimanapun tidak sempat melihat kalung mewah berkenaan.

Sumber berita Bloomberg menggambarkan kalung yang “cukup besar untuk dijadikan pemberat kertas” itu dicipta oleh tukang emas berprestij New York, Lorraine Schwartz, khas untuk isteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan dalang disebalik kerugian berbilion wang simpanan negara.

Ia berlaku di mahkamah persekutuan Brooklyn ketika pihak pendakwa sedang menggulung kes dan menunjukkan kepada juri bagaimana berbilion dolar dialihkan daripada tiga transaksi bon 1MDB AS$6.5bil (RM27.5bil) oleh pembiaya Malaysia, Jho Low, yang digunakan untuk membeli barang mewah

Jho Low juga dituduh mengalihkan dana daripada 1MDB kepada bekas anak tiri Najib, Riza Aziz, yang merupakan rakan kepada pembiaya itu, untuk menghasilkan filem “The Wolf of Wall Street”.

Jho Low…

“Juri telah ditunjukkan gambar kes plastik untuk DVD filem itu – dan tangkapan skrin daripada kredit yang mengucapkan terima kasih kepada Low atas sokongannya,” katanya.

Syarikat produksi Red Granite Aziz bersetuju pada tahun 2018 untuk membayar AS$60 juta (RM254 juta) untuk menyelesaikan tuntutan yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman AS bahawa ia membiayai filem dan gambar lain dengan wang 1MDB yang dicuri.

Pendakwa raya mendakwa entiti yang dikawal oleh Low juga menggunakan wang 1MDB untuk membeli lima karya seni dari lelong ‘Christie’s’ dengan harga AS$58.3 juta, termasuk AS$51.8 juta yang dibelanjakan untuk lukisan Jean-Michel Basquiat bertajuk “Dustheads”.

Menurut Bloomberg, lebih banyak invois telah ditunjukkan kepada juri termasuk contoh lakaran lukisan-lukisan terbabit.

Lorraine Schwartz, yang telah mereka bentuk barang kemas untuk selebriti seperti Beyonce, Adele dan Blake Lively, sepatutnya menjadi saksi dalam kes itu tetapi sebaliknya hanya memberi kenyataan rasmi kepada pihak pendakwa untuk dimasukkan ke dalam rekod mahkamah.

Jho Low dikatakan menghubungi Lorraine pada Jun 2013 dan meminta tukang emas itu mencipta rantai berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati di tengahnya untuk Rosmah, menurut kenyataan tukang emas terbabit.

“Tetapi sementara Rosmah telah meminta berlian 18 karat, Lorraine berkata dia hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat…

“Perjanjian AS$23 juta (RM 97.3 juta) telah dicapai untuk batu yang lebih besar itu. Schwartz kemudiannya menghantar sendiri kalung itu kepada Rosmah semasa dia tinggal di atas kapal layar dengan Low di luar pantai Monaco, menurut pengakuannya.

“Rosmah kemudian membeli tambahan AS$1.3 (Rm 5.5 juta) barang kemas daripada Lorraine pada 2014,” katanya.

Roger Ng, satu-satunya jurubank Goldman yang dibicarakan dalam skandal itu, dituduh bersubahat dengan bekas majikannya, Tim Leissner, untuk membantu Low merompak berbilion-bilion dolar daripada urus niaga bon yang bank berkenaan yang melibatkan dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Jho Low, yang turut didakwa bersama Ng dalam penipuan itu, kini masih sedang diburu pihak penguatkuasa.

Leissner pula sudah mengaku bersalah dan kini bekerjasama dengan Amerika Syarikat dengan memberi keterangan terhadap Ng dalam perbicaraan.

Tim Leissner bergerak dari mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York, pada 15 Februari lalu..(Sumber Foto: Bloomberg)

Pasangan kekasih utama dalam kes kecurian yang dikatakan terbesar dalam dunia setakat ini iaitu Najib dan Rosmah tidak didakwa oleh AS.

Rosmah didakwa atas kesalahan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB (solar hybrid) di Malaysia, manakala suaminya sedang merayu sabitan atas tuduhan rasuah.