Salleh Zahir Harapan Sabah Diberi Kuasa Autonomi Dalam Erti Kata Sebenar

Salleh Zahir Harapan Sabah Diberi Kuasa Autonomi Dalam Erti Kata Sebenar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan harapan agar suatu hari nanti Sabah diberi kuasa autonomi dalam erti kata yang sebenarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan turut menaruh harapan agar orang Sabah tidak lagi menjadi penumpang dalam negeri mereka sendiri.

Menurut Salleh, jika dibandingkan keadaan Sabah sewaktu merdeka dengan sekarang, terdapat banyak perubahannya.

“Namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang kita banggakan,” katanya dalam video pendek yang dimuatkan di Facebook ‘Sabah Way Forward’.

Mengenai hal tuju negeri ini, beliau yang juga merupakan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Sabah wajar mempunyai prasarana yang boleh dibanggakan.

Kita juga mahu melihat Sabah menyediakan peluang pekerjaaan dan peluang ekonomi kepada rakyatnya.

“Sebaiknya rakyat tidak lagi perlu berhijrah ke luar negara jika mereka ingin berkhidmat di sini… kalau pun mereka ingin berkhidmat di luar negara bukan kerajaan tiada pekerjaan tetapi mereka ingin menimba pengalaman dan juga ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik,” katanya.