Satu Cedera, Dua Selamat, MG ZS Terbabas ke Bahu Jalan di Kg...

Satu Cedera, Dua Selamat, MG ZS Terbabas ke Bahu Jalan di Kg Maraba Beaufort

0
SHARE

BEAUFORT: Seorang cedera dan dua dilaporkan selamat selepas kenderaan jenis MG ZS dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kejadian kemalangan di Kampung Maraba di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.03 malam. 

Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer.

“Terdapat tiga orang mangsa telah keluar dengan sendirinya sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Salah seorang mangsa mengalami kecederaan dibahagian bahu, manakala dua orang mangsa lagi tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi seterusnya diserahkan kepada Pihak Ambulans KKM untuk dibawa ke hospital bagi mendapatakan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi kemudian ditamatkan.