MENUMBOK: Seekor buaya telah berjaya ditangkap oleh anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Tepi Laut pada awal pagi hari ini.
APM Menumbok dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kehadiran buaya itu pada jam pada kira-kira jam 2.20 pagi.
Seramai tiga anggota APM telah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 2.28 pagi.
“Semasa pengadu hendak pergi ke sungai, beliau ternampak seekor buaya di tepi bot lalu terus menghubungi talian kecemasan.
“Skuad Bravo yang bertugas menerima kes dari MERS 999, iaitu kes menangkap buaya di sungai berhampiran tepi bot.
“Anggota yang diketuai oleh Sarjan Madil Kassim telah bergerak ke lokasi dengan sebuah kenderaan dan berjaya menangkap buaya tersebut,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.