Seekor Buaya Sesat Di Perairan Pulau Gaya Selamat Diserahkan Kepada JHL

Seekor Buaya Sesat Di Perairan Pulau Gaya Selamat Diserahkan Kepada JHL

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seekor buaya yang sesat di perairan Pulau Gaya semalam telah selamat diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) selepas penduduk sendiri menjerat reptilia tersebut.

Pengarah JHL Augustine Tuuga berkata buaya jantan sepanjang 14.5 kaki dengan anggaran berat antara 200 hingga 250 kilogram itu kini ditempatkan di Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Pemeriksaan kesihatan dilakukan sementara menunggu tindakan lanjut penghantaran ke penempatan baharu yang masih tengah dikenal pasti,” katanya.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu tiba di Pulau Gaya kira-kira jam 7.45 malam selepas menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Gaya.

VIDEO menunjukkan Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menangkan seekor buaya sesat di Perairan Pulau Gaya, Kota Kinabalu…

Terdahulu perkara itu tular di laman sosial Facebook. Penduduk Kampung Pondo merupakan yang pertama sedar akan kedatangan tetamu tidak diundang itu.

Lalu penduduk mula mengekori buaya tersebut dan ia akhirnya ditangkap di perairan Kampung Lobong pada kira-kira jam 5.30 petang dengan takut buaya itu akan membaham kanak-kanak jika dibiarkan liar.

“Seramai lima anggota diperlukan bagi memindahkan buaya ke atas lori milik JHL bila pasukan tiba di pantai Tanjung Aru sekitar 11.50 malam,” kata sumber JPAM.