Seorang Lelaki Selamat Selepas Terjunam Parit Bersama Motosikal

Seorang Lelaki Selamat Selepas Terjunam Parit Bersama Motosikal

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang motosikal dibantu keluar pasukan Bomba setelah terjunam ke dalam parit pada pembahagi jalan di Tanjung Lipat sini.

Mangsa, Abison Masbih, 24, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi tadi.

Lelaki itu dipercayai hilang kawalan ketika sedang menunggang motosikal jenis SYM 125 lalu terbabas.

“Pasukan Bomba mengangkat mangsa keluar dari parit dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi…

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Queen I bagi menerima rawatan susulan,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Dalam pada itu, motosikal mangsa juga berjaya dikeluarkan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 12.08 tengah hari,” tambahnya.