KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berumur 40an dipercayai telah jatuh dari Jambatan Yayasan Sabah ke muara sungai dalam insiden 6.30 pagi tadi.
Seramai sembilang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan beberapa Pasukan Penyelamat Dalam Air dari BBP Kota Kinabalu kini berada di lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.
Menurut laporan Pusat Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima melalui tailan MERS 999 oleh saksi yang berada dihadapan bangunan Menara Kinabalu.