Seorang Wanita Maut, 3 Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kimanis-Keningau

Seorang Wanita Maut, 3 Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kimanis-Keningau

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Seorang wanita maut manakala TIGA (3) lagi dalam Honda Jazz cedera termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau sini petang tadi.

Mangsa meninggal merupakan seorang wanita dalam umur 40-an yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dalam insiden sekitar jam 3.30 itu.

Seorang lelaki dalam kalangan umur yang sama bersama seorang warga emas wanita, 60-an, dilaporkan cedera parah.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kanak-kanak lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Manakala pemandu Isuzu D-Max, seorang lelaki berumur 50-an, hanya cedera ringan…

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital menggunakan Ambulans dan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Operasi ditamatkan pada jam 4:58 petang.