Seramai 21 Wartawan Terkorban Sejak Konflik Rusia-Ukraine Bermula

Seramai 21 Wartawan Terkorban Sejak Konflik Rusia-Ukraine Bermula

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KIEV, UKRAINE – Seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Februari, kata Parlimen Ukraine.

Nama-nama wartawan yang maut termasuk dari agensi media asing didedahkan dalam laporan Jawatankuasa mengenai Kebebasan Bersuara dan diterbitkan di laman sesawang Parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 1,982 orang awam terbunuh dan 2,651 lagi cedera sejak permulaan perang, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)…

Angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

Lebih 4.8 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran dan lebih tujuh juta lagi hilang tempat tinggal.