SEMPORNA, SABAH – Serangan anjing liar secara berkumpulan dieprcayai punca kematian seorang wanita berusia 29 tahun di Kampung Batu, sini, Ahad lalu.
“Terdapat banyak kesan gigitan haiwan pada tubuh badan mangsa, termasuk di belakang badan, paha kanan, lengan kanan dan kepala,” kata Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah.
Terdahulu, penemuan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap pada pukul 7 pagi itu menggemparkan penduduk sekitar.
Wujud spekulasi mangsa dibunuh dengan kejam sebelum mayat beliau dibuang pada kawasan perumahan bersebelahan tangki air.
“Bedah siasat yang dijalankan pakar Hospital Queen Elizabeth mengesahkan punca kematian akibat pendarahan disebabkan gigitan haiwan dan tiada sebarang unsur jenayah,” jelasnya dalam satu kenyataan.






