Susu Ibu Dijadikan Campuran Pada Makanan Anak Sebagai Antibodi COVID-19

Susu Ibu Dijadikan Campuran Pada Makanan Anak Sebagai Antibodi COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

CALIFORNIA – Susu ibu digunakan oleh golongan ibu di negara ini untuk menjadi campuran pada makanan anak-anak mereka sebagai antibodi COVID-19 ketika ini.

Menurut laporan New York Post baru-baru ini, seorang ibu di California dikenali sebagai Melissa Pennel memaklumkan dia berhenti menyusukan bayinya ketika anaknya berusia dua tahun.

Menurutnya, dia berbuat demikian  selepas mendapat tahu bahawa antibodi COVID-19 yang diaktifkan selepas seorang ibu menerima suntikan vaksin boleh dipindahkan melalui susu ibu.

Tambahnya, selepas dia mendapat dos vaksin pertamanya semasa hamil anak kedua, Melissa mula mencampurkan susu ibu yang dipamnya ke dalam hidangan oat, bijirin dan minuman untuk diberikan kepada anaknya.

“Tindakan ini mencetuskan perasaan seperti saya memberikan  perlindungan kepada  keluarga saya,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, golongan ibu lainnya pula telah memanjangkan lagi tempoh menyusu anak mereka.

Seorang ibu juga yang enggan namanya disiarkan turut memberi peluang kepada anaknya untuk memutuskan sendiri bila dia mahu berhenti menyusu badan.

“Saya akan berhenti menyusu badan selepas mula bersekolah,” kata seorang kanak-kanak kepada ibunya berkenaan.

Menurut kajian, susu ibu terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan secara saintifik kepada anak-anak.

Satu kajian yang diterbitkan bulan ini dalam jurnal Pediatrics mendapati bahawa ibu dengan antibodi COVID-19 yang memberikan susu badan untuk tempoh lebih lama iaitu selama 24 bulan atau lebih mempunyai kepekatan antibodi lebih tinggi berbanding ibu yang memberi susu badan untuk tempoh lebih singkat.