PROJEK TEBATAN BANJIR PENAMPANG BERJALAN IKUT JADUAL – KM HAJIJI

PROJEK TEBATAN BANJIR PENAMPANG BERJALAN IKUT JADUAL – KM HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir pada 15 September lalu, Maidol Paulin...

PENAMPANG, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerja-kerja program tebatan banjir untuk daerah ini sedang berlangsung.

“Kerajaan akan memastikan projek itu disiapkan,” katanya selepas memberi sumbangan kepada mangsa banjir September lalu di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pagi tadi.

Semasa melawat mangsa di Kampung Sugud beberapa hari selepas insiden berlaku, Hajiji berkata berkata dua (2) daripada tiga (3) pakej tebatan banjir itu telah pun siap.

Sementara itu, Ketua Menteri menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri pada jangkaan musim monsun Timur Laut bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar bersama penerima bantuan banjir di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, hari ini (05 Nov)…

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan untuk menyediakan bantuan logistik termasuk pusat perlindungan sementara (PPS) di semua daerah,” tambahnya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di peringkat persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam penyaluran bantuan kewangan dan peruntukan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, selaras dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang menggariskan tiga teras utama keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran…

“Semoga bantuan kewangan daripada kerajaan dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR hari ini telah menerima bantuan tunai RM1,000. KIR yang selebihnya akan menerima bantuan mereka masing-masing dalam masa dua (2) minggu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.