SESB Jalankan Siasatan Punca Kebakaran Gudang Kabel Tuaran

SESB Jalankan Siasatan Punca Kebakaran Gudang Kabel Tuaran

0
SHARE
Madius
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat Parlimen Tuaran )

KENINGAU, SABAH – Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) akan menyiasat punca kebakaran gudang penyimpanan kabel di Batu 7, Jalan Tuaran pada Khamis lalu melalui satu pasukan forensik yang ditubuhkan.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bahawa penemuan siasatan itu akan dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah akan datang.

“Penemuan juga akan didedahkan kepada umum,” katanya.

Kebakaran gudang kabel syarikat itu memusnahkan 1,046 daripada 1,426 gulungan kabel pelbagai saiz yang sepatutnya diedarkan di seluruh negeri, kebanyakkannya kepada rumah pengguna. Kerugian dianggarkan sekitar RM40 juta.

Madius menggesa semua pihak untuk mengelak menuding jari dan sebaliknya membenarkan pasukan forensik menjalankan siasatan mereka secara menyeluruh dan saksama.

“Saya perlu nyatakan di sini bahawa pihak pengurusan akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk meneroka strategi meminimumkan peluang projek berikutan ketiadaan kabel.

“Sebagai langkah proaktif, Lembaga Pengarah telah mengarahkan pengurusan untuk mengenal pasti dan menjamin kemudahan penyimpanan sementara bagi melindungi inventori kabel yang diperoleh sehingga penyelesaian stor kekal dimuktamadkan.

“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa sebelum kejadian malang ini, SESB sudah pun dalam proses mewujudkan kemudahan simpanan kekal di tapak berkenaan,” katanya.