DBKK Keluarkan Lapan Kompaun Di Plaza Lintas Berhubung Kondisi Perangkap Gris

DBKK Keluarkan Lapan Kompaun Di Plaza Lintas Berhubung Kondisi Perangkap Gris

0
SHARE
Dbkk
Kakitangan DBKK melaksanakan pemeriksaan perangkap gris dalam sebuah restoran di Lintas Plaza ( Sumber Foto: Ihsan DBKK )

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan lapan kompaun kepada restoran di Lintas Plaza, sini, susulan pemeriksaan perangkap gris keatas 30 premis pada Khamis lalu.

Tujuh kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Premis Makanan dan Makanan 1966 dan satu lagi di bawah Anti-Sampah 1984.

Seramai 20 kakitangan Dewan Bandaraya dari Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) dan Kejuruteraan terlibat dalam operasi bersepadu itu.

“Sebanyak 46 perangkap gris telah diperiksa. Objektif operasi adalah untuk memeriksa keadaan perangkap gris, sama ada ia dipasang mengikut spesifikasi dan diselenggara dengan baik,” kata DBKK dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, DBKK menasihatkan semua pemilik premis makanan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu supaya memastikan perangkap gris mengikut spesifikasi dan memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Pemeriksaan berkala akan dilakukan oleh DBKK dari semasa ke semasa,” tambahnya.