KENINGAU, SABAH – Kehadiran Presiden Warisan, Shafie Apdal ke sebuah majlis gereja di Keningau pada 2 November lalu tanpa jemputan rasmi mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan komuniti Kristian KDMR. Tindakan itu disifatkan tidak bertamadun dan cuba menunggang program keagamaan bagi kepentingan politik.
Tentatif majlis yang tular menunjukkan nama Shafie tidak termasuk dalam senarai VIP. Ramai mempersoalkan tujuan sebenar beliau hadir memandangkan penganjur tidak mengumumkan kehadirannya.

Banyak pihak dalam komuniti gereja serta pengguna media sosial mengecam tindakan Shafie, khususnya selepas kenyataannya sebelum ini melabelkan KDMR sebagai “bangsa paling miskin di Sabah” dan menyebut kaum Murut sebagai “kafir”. Kehadirannya ke gereja dilihat sebagai langkah terdesak untuk mendapatkan semula sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Individu yang hadir memaklumkan bahawa majlis tersebut bertujuan menghargai paderi, kategis dan pelayan gereja, bukannya platform untuk ahli politik yang tidak dijemput.
Kehadiran Shafie dikatakan mengganggu fokus program.

Selepas majlis, Shafie memuat naik gambar kehadirannya di Facebook seolah-olah beliau dijemput secara rasmi. Hadirin menegaskan bahawa tiada protokol atau ucapan aluan untuk beliau, dan tindakan memuat naik gambar itu disifatkan sebagai cubaan memutar naratif serta mengelirukan penyokong.

Beberapa hadirin turut menyatakan bahawa kemunculan tanpa jemputan itu menjejaskan kelancaran program yang sepatutnya berfokus kepada penghargaan pemimpin gereja.
Insiden ini menguatkan persepsi bahawa Shafie semakin tertekan dalam meraih sokongan KDMR, dan tindakannya hadir tanpa jemputan hanya memburukkan lagi imej beliau.








