KOTA KINABALU, SABAH – Kejayaan usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambiil alih kuasa kawal selia bekalan tenaga elektrik Sabah daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia (MA63) cuba dicemari dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN.
Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Arthur Sen berkata demikian mengulas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membahas tiga Rang Undang-Undang (RUU) pada Rabu lepas.
Tiga RUU itu ialah Suruhanjaya Tenaga Sabah (pindaan) 2024, Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2024 dan Bekalan Eletrik 2024.
Terdahulu, ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong, telah membuat pelbagai tuduhan negatif kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semasa menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi menuduh CEO SESB dengan pelbagai tuduhan negatif.
“CEO SESB tidak dapat membela dirinya ke atas semua pertuduhan Junz. Mohom maklum bahawa CEO SESB bukanlah ADUN Sabah atau boleh diwakili oleh mana-mana kementerian negeri Sabah kerana SESB adalah syarikat milik Tenaga Nasional Berhad iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan Persekutuan.
“Selepas itu, ADUN Sri Tanjong (Justin Wong) agak keterlaluan menuduh kerajaan GRS gagal memerintah Sabah hanya kerana kerajaan Sabah tidak membantah kenaikan tarif elektrik.
“ADUN Sri Tanjong Warisan yang gagal memahami bahawa kenaikan tarif hanya utk penguna elektrik yang melebihi pengunaan 1500 unit kWj atau RM700 bagi harga semasa.
“Bagi yang lebih drpd 1500 Unit KWj @ RM700 barulah dikenakan surcaj sebanyak 7.2 sen seunit,” kata Arthur dalam sebuah kenyataan.
Arthur berkata kerajaan GRS menangani harga eletrik yang sesuai dikenakan kepada pengguna di Sabah ialah melalui kaedah mengambil alih kuasa selia bekalan elektrik yang berjaya diluluskan.
Beliau menegaskan bahawa kuasa kawal selia jauh lebih baik dari saranan Warisan iaitu untuk membantah .
“Mengambil kira perbadingan dua kaedah ini, siapa sebenarnya gagal? Kerajaan WARISAN pernah memerintah Sabah selama 26 bulan tapi tidak ambil alih kuasa eletrik.
“Kini ADUN mereka mendesak untuk mengunakan kaedah membantah pula,” katanya.