Sindiket Dadah Guna Penerbangan, Kurier Tumpas di Tawau

Sindiket Dadah Guna Penerbangan, Kurier Tumpas di Tawau

0
SHARE

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan penerbangan dan perkhidmatan kurier untuk menyeludup bahan terlarang ke negeri ini, dengan rampasan melebihi 61 kilogram bernilai lebih RM3 juta.

Pengarah Kastam Sabah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan terbesar melibatkan 57.27 kilogram methamphetamine bernilai RM2.86 juta yang ditemui dalam empat bagasi di Lapangan Terbang Tawau pada 11 Mei lalu.

Pegawai mengesan barangan mencurigakan semasa pemeriksaan bagasi kira-kira jam 1.35 petang sebelum menemui 142 paket plastik disyaki methamphetamine hasil pemeriksaan fizikal,” katanya dalam sidang media.

Menurutnya, sindiket dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier bagi menyembunyikan dadah dalam paket plastik sebelum dimasukkan ke dalam bagasi dan dihantar ke Tawau.