KENINGAU: Sebatang pokok tumbang akibat angin kencang dan cuaca buruk menghalang laluan Jalan Bingkor ke Taman Bandukan, petang tadi.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata kejadian itu berisiko kepada pengguna jalan raya dan memerlukan pemantauan berkala terhadap pokok besar di tepi jalan.
“Langkah awal dan pemantauan berterusan perlu dilaksanakan terutama ketika cuaca tidak menentu kerana kejadian seperti ini boleh mengancam keselamatan,” katanya.
Beliau memaklumkan tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan, manakala pokok tumbang berjaya dialihkan oleh JBPM Keningau dalam tempoh singkat.






