SK Rampayan, Masjid An Nur Terima Sumbangan RM82,000

SK Rampayan, Masjid An Nur Terima Sumbangan RM82,000

0
SHARE
Arifin
Arifin (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima sumbangan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan dan Masjid An-Nur dekat Inanam yang terjejas banjir baru-baru ini menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM82,000.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dalam Majlis Ziarah Kasih Mangsa Banjir Kampung Rampayan, Inanam, pada Khamis.

Arifin yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah berkata daripada jumlah itu, SK Rampayan menerima sebanyak RM40,000 hasil sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjumlah RM5,000, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (RM20,000) dan Kerajaan Negeri (RM15,000).

Manakala, Masjid An-Nur menerima sumbangan berjumlah RM42,000 yang merangkumi RM32,000 daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berupa barangan makanan, kelengkapan solat dan kesihatan, selain RM10,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) termasuk peralatan masjid.

Di samping itu, 100 bakul makanan masing-masing disumbangkan oleh Universiti Malaysia Sabah dan Kelab Kebajikan Raisul kepada dan penduduk yang terjejas bencana. — JABATAN PENERANGAN SABAH