Tenggelamkan Bayi Baru Lahir Di Laut Menggunakan Batu

Tenggelamkan Bayi Baru Lahir Di Laut Menggunakan Batu

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Luluh hati sepasang tunang menemui mayat seorang bayi baru lahir dalam beg berisi seketul batu di tepi laut Tanjung Batu Logpond.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin berkata, mayat bayi seberat sekilogram itu masih bertali pusat ketika ditemui pada jam 4.43 petang semalam.

“Turut ditemui di dalam beg berkenaan adalah seketul batu sama berat, dibalut pada bayi terbabit…

“Ianya dipercayai untuk menenggelamkan beg berkenaan ke dasar laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

  1. “Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini termasuk menularkan maklumat tidak sahih kepada umum bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat yang boleh mengganggu siasatan polis,” tegasnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan secara terus kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Tawau ditalian 089-752222.