SPR Tetapkan PRK Pulai, DUN Simpang Jeram Pada 9 September

SPR Tetapkan PRK Pulai, DUN Simpang Jeram Pada 9 September

0
SHARE
Spr
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook SPR )

PUTRAJAYA, SELANGOR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram, Johor pada 9 September.

Memetik sumber Bernama, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan Dun N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.