STAR Kapayan Sumbang Angpau Dan Limau Di Penampang

STAR Kapayan Sumbang Angpau Dan Limau Di Penampang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Kapayan hari ini mengadakan ‘walkabout’ sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekitar rumah kedai Bandar Penampang Baru.

Dalam sesi ‘walkabout’ itu, Penyelaras STAR Parlimen Penampang, Kenny Chua; Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion bersama Ketua Bahagian STAR Moyog, Datuk Thomas Jimulis menyampaikan sumbangan ‘angpau’ dan limau mandarin kepada Tokong Fook Tet Kung Donggongon dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang.

Sumbangan itu adalah tanda semangat dalam Keluarga Malaysia.

Kenny dalam ucapannya berterima kasih kerana menganjurkan program berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan di masa akan datang.

“Penganjuran program ini juga diharap memperkuatkan lagi kedudukan kedua-dua Bahagian sekali gus menawan Parlimen Penampang daripada Parti Warisan (Warisan),” katanya.