Boleh Bawa Usul Pengenalan Semula UPSR, PMR Ke Kabinet – Fadhlina

Boleh Bawa Usul Pengenalan Semula UPSR, PMR Ke Kabinet – Fadhlina

0
SHARE
Fadhlina
Fadhlina (tengah) bersama Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin (dua kiri) semasa lawatannya pada Isnin

KOTA KINABALU, SABAH – Pembaharuan dasar pendidikan Kerajaan Madani sedang berusaha memperbaiki tahap kebutaan membaca, menulis dan mengira (3M) yang menyebabkan seramai 10,177 pelajar dari terlepas menduduki SPM tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan perkara ini pada Ahad, membayangkan pengenalan semula peperiksaan UPSR dan PMR.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam pada itu berkata komitmen melalui enam agenda iaitu memperkasakan TVET, STEM, digital, penggunaan bahasa Inggeris dan prasekolah untuk meningkatkan pendidikan negara telah pum diumumkan.

Kami juga sedang meneliti aspek penyediaan pelan pembangunan pendidikan baharu memandangkan pelan sedia ada akan berakhir pada 2025.

“Begitu juga dengan pelaksanaan kurikulum baharu pada 2027 yang bermula setahun lebih awal pada 2026 untuk murid prasekolah.

“Saya fikir mengenai penambahbaikan, pelan reformasi berjalan lancar, tetapi jika ada hasrat (untuk memperkenalkan semula UPSR dan PMR) boleh dibincangkan dalam kabinet,” katanya.

Fadhlina berkata usaha intervensi semasa melalui komitmen yang berterusan telah mengenal pasti 120,000 pelajar sekolah rendah yang belum memahami 3M.

Beliau berkata demikian semasa lawatannya ke Sekolah Henry Gurney yang dibahagikan kepada 24 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan di Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan, sini, pada Isnin.