
KINABATANGAN, SABAH – Sebuah stor penyimpanan peralatan pelamin berkeluasan 50×40 kaki persegi terbakar 90 peratus dalam kejadian 6.45 petang semalam.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sebuah kenderaan jenis Proton Savvy di lokasi Taman Sazati Batu 7 turut terkena bahangan 20 peratus.
“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba.
“Operasi terkawal jam 7.19 malam dan ditamatkan pada jam 7.58 malam dengan tiada mangsa terlibat,” katanya.





