Masuk Hari Ketiga Pencarian Mangsa Buaya, Diteruskan

Masuk Hari Ketiga Pencarian Mangsa Buaya, Diteruskan

0
SHARE
Ladang
Operasi SAR di Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Seorang lelaki yang dibaham buaya ketika membersihkan diri di Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, sini pada Selasa, diteruskan.

Mangsa Rudi Amiruddin, 28, dikatakan pergi ke sungai untuk mencuci tangan dan kaki selepas membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan berkenaan dalam insiden kira-kira 3 petang itu.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya mengikut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Seorang jurucakap berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Kinabatangan berhubung kes.

Katanya seramai empat anggota bomba dengan bantuan agensi lain memulakan operasi mencari dan menyelemat hari kedua pada jam 1 tengah hari dengan radius satu kilometer di kawasan susur.

“Muara sungai tiada litupan GIRN. Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada esok hari Khamis (11 Mei),” katanya.