BEAUFORT, SABAH – Seorang lelaki, 69 tahun, dan isterinya, 65, maut apabila Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Unser di Kampung Lingkungan, sini, tengah hari semalam.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, terdapat 4 orang mangsa tersepit yang berjaya dikeluarkan dalam insiden kira-kira 1.50 tengah hari itu.
Dua mangsa dalam Toyota Unser cedera dan juga merupakan warga emas iaitu seorang lelaki berusia 69 tahun dan wanita 64 tahun.
“Pasukan EMRS Bomba memberi rawatan awal kepada dua mangsa cedera…
“Seorang mangsa dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan seorang lagi menaiki Ambulans Kementerian Kesihatan.
“Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi.