Teka-Teki, Pertanyaan Bunyi Letupan Kuat Di Sabah Akhirnya Terjawab

Teka-Teki, Pertanyaan Bunyi Letupan Kuat Di Sabah Akhirnya Terjawab

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Segala teka-teki dan pertanyaan yang bermain di kalangan penduduk sekitar Sipitang, Beaufort, Menumbok, Kuala Penyu dan Labuan berhubung bunyi letupan kuat serta gegaran kelmarin (Ahad) akhirnya terjawab.

Bunyi letupan kuat seperti guruh dan gegaran itu dirasai selama kira-kira lima (5) hingga enam (6) saat yang mana perkara itu telah menjadi tular selepas ramai pengguna media sosial terutamanya di kawasan terbabit berkongsi peristiwa itu serta masih tertanya-tanya punca dan lokasi bunyi letupan itu sejak kelmarin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) hari ini, pihak mereka mengesahkan kejadian itu berpunca daripada METEOR.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.

Menurut PADB yang dipetik laporan AirTimes, pihaknya telah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.

Sebelum ini, media tempatan di Malaysia dan Brunei melaporkan berlaku kejadian letupan di misteri di ruang angkasa di Brunei dan Labuan.

Letupan yang disusuli dengan gegaran selama 10 saat itu turut dirasai di Sipitang dan Beaufort.

Menurut Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei dalam satu kenyataan, gegaran telah dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka.

“Gegaran dirasai pada pukul 11.03 pagi dan jelas bukan berpunca dari gempa bumi di Brunei serta negara jiran…

“Gegaran turut dirasai di beberapa lokasi di Brunei,” kata kenyataan itu.