Terbunuh Selepas Kereta Terjatuh Dari Kawasan Parkir Tingkat Empat

Terbunuh Selepas Kereta Terjatuh Dari Kawasan Parkir Tingkat Empat

0
SHARE

BENTONG, PAHANG – Seorang lelaki dan seorang wanita warga China terbunuh apabila Perodua Axia dinaiki terjatuh dari tingkat empat kawasan letak kenderaan sebuah pusat peranginan, awal pagi tadi.

L Poolani Samy, 50, dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan warga China yang dikenali sebagai Muy San Mao, dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd Arshad Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.

“Sebaik tiba, mayat mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Bentong di sini untuk bedah siasat,” katanya.