TERUS SENYAP!! ORANG KANAN AZIS JAMMAN, TANDIKO DALUSIN MASIH TIDAK BUAT LAPORAN...

TERUS SENYAP!! ORANG KANAN AZIS JAMMAN, TANDIKO DALUSIN MASIH TIDAK BUAT LAPORAN POLIS TENTANG DAKWAAN LAHIR DI FILIPINA DAN MASUK SABAH SECARA HARAM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Isu membabitkan orang kanan Azis Jamman, Tandiko Dalusin @ Atan Leecas semakin panas. Sampai hari ini, Tandiko masih tidak berani membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan bahawa beliau dilahirkan di selatan Filipina, masuk ke Sabah secara haram dan memperoleh kad pengenalan Malaysia (MyKad) melalui maklumat yang meragukan. Sejak dakwaan itu meletup pada 16 Oktober lalu, beliau terus memilih untuk berdiam diri.

Tandiko sebelum ini antara individu paling cepat melompat membuat laporan polis apabila mendakwa Parti Warisan difitnah. Namun apabila isu menyentuh asal-usul dirinya sendiri, keberanian itu hilang sekelip mata. Sikap membisu ini dianggap pelik, mencurigakan dan mencetuskan tanda tanya besar dalam kalangan rakyat Sabah.

Selepas pendedahan tular, Tandiko dilaporkan tidak muncul lebih seminggu, seolah-olah menunggu kemarahan rakyat reda. Apabila kembali, beliau hanya muncul dalam video menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ceramah politik Warisan, tetapi satu pun tidak menjawab dakwaan yang menghimpit namanya. Menyerang orang lain lebih mudah, tetapi mempertahankan diri tidak berani.

Orang kanan Azis Jamman, Tandiko Dalusin @ Atan Leecas…

Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) mendakwa mereka mempunyai bukti dan saksi yang mengetahui sejarah awal kehidupan Tandiko. Dakwaan itu termasuk bahawa beliau dibawa masuk dari selatan Filipina ketika kecil bersama ibunya sebelum ibunya berkahwin dengan rakyat tempatan. Turut didakwa, nama “Dalusin” bukan nama ayah kandung sebenar. Semua dakwaan ini tidak dijawab, tidak dinafikan dan sehingga kini tiada laporan polis dibuat.

Penganalisis politik tempatan, Muhammad Abdullah, menyatakan bahawa tindakan Tandiko yang memilih untuk senyap hanya menaikkan syak wasangka. Menurutnya, jika dakwaan itu fitnah, tindakan paling asas ialah membuat laporan polis, tetapi itu tidak dilakukan.

Pemerhati politik pula melihat isu ini sebagai beban besar kepada Parti Warisan. Ia menguatkan persepsi bahawa Warisan terlalu mesra dengan warga asing dari selatan Filipina. Diamnya Tandiko menjadikan beliau liabiliti besar kepada parti terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Persoalan rakyat kini semakin tajam:

Jika dakwaan itu fitnah, mengapa tiada laporan polis dibuat?

Jika tiada apa hendak disembunyikan, mengapa Warisan tidak mempertahankan beliau?
Jika semuanya tidak benar, apa sebenarnya yang menghalang Tandiko daripada tampil menjawab?

Sampai hari ini, rakyat Sabah masih menunggu. Namun orang kanan Azis Jamman itu terus memilih untuk senyap.