Ubat Antiviral Paxlovid Mampu Megelakkan Jangkitan COVID-19 Menjadi Lebih Teruk – Khairy

Ubat Antiviral Paxlovid Mampu Megelakkan Jangkitan COVID-19 Menjadi Lebih Teruk – Khairy

0
SHARE
Antiviral Paxlovid...

SELANGOR – Dalam mengekang masalah COVID-19 di negara, ubat antiviral Paxlovid mampu mengelakkan jangkitan virus itu daripada menjadi lebih teruk, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelas Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menawarkan ubat Paxlovid bagi pesakit berisiko tinggi kategori dua dan tiga.

“Sehingga 3 Julai, seramai 4001 pesakit telah diberi ubat Paxlovid dan tiada yang mengalami kesan sampingan yang serius…

“Sejak Jun lepas penggunaan Paxlovid ini telah diperluaskan ke fasiliti swasta supaya lebih mudah didapati dan dapat digunakan untuk lebih ramai pesakit Covid-19,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Jelas beliau, pesakit yang berisiko tinggi dan mengalami gejala ringan hingga sederhana yang ingin mendapatkan ubat Paxlovid, perlu membuat penilaian di klinik kesihatan atau hospital terpilih.

“Jika layak mengikuti kriteria yang ditetapkan, mereka akan diberi ubat Paxlovid untuk merawat jangkitan.

“Senarai fasiliti kesihatan yang membekalkan ubat ini boleh didapati di covid-19.moh.gov.com.my,” ujarnya.